dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Telekonsultasi MRIC Healthcare

18 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Sesi Telekonsultasi bersama panel doctor daripada MRIC Healthcare telah berjaya disertai oleh seorang ahli NADI Pekan Kubu Gajah sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di NADI.

Program ini memberi peluang kepada para peserta mendapatkan khidmat telekonsultasi bagi memperoleh nasihat dan panduan berkaitan kesihatan secara dalam talian daripada pegawai atau petugas yang bertugas. Di samping itu, pelbagai pertandingan turut diadakan bagi menarik penyertaan komuniti serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna.

Selain itu, sukacita dimaklumkan bahawa Jom Telekonsultasi TikTok Challenge sedang berlangsung mulai 10 Jun hingga 10 Julai 2026 sebagai salah satu inisiatif promosi dan kesedaran komuniti terhadap perkhidmatan telekonsultasi di NADI.

Pertandingan ini terbuka kepada komuniti NADI serta orang awam dan bertujuan menggalakkan penyertaan secara kreatif melalui penghasilan video TikTok bertemakan "Jumpa Doktor di NADI. Online Jee!".

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.